Monday, August 8, 2011

Mengembara mengelilingi banjaran Titiwangsa selama enam hari


Setelah hampir setahun merancang untuk melakukan pengembaraan jarak jauh mengunakan motorsikal, akhirnya pada  23 julai 2011 saya memulakan pengembaraan bersama dengan kumpulan ZOC dan kemudiannya kami berpisah untuk saya bergerak menuju ke destinasi seterusnya secara bersendirian.



Pada hari sabtu 23 julai 2011, saya telah bersedia di kawasan perhimpunan Bikers dilokasi BHP gombak. Oleh kerana saya tidak dapat tidur semalaman kerana menghabiskan kerja sehingga lewat pagi, saya mengambil keputusan untuk bergerak dari rumah pada pukul 6.30. Ini menyebabkan saya yg paling awal sampai macam biasa. Mana yang lain nie weei, janji 7.30.


Kami memulakan perjalanan setelah pasukan memiliki cukup ahli.


Setelah meletakkan luggage, kami memulakan ronda-ronda disekitar kuala terengganu.


Antara aktiviti wajib ialah singgah di mengabang telipot dan menikmati sotong goreng yg terkenal. Nasib baik saya tengah jaga perut. Cukuplah merasai keenakkan sotong goreng ini barang sekunyah dua.


Singgah di rumah kampung cikgu din pada hari ahad. Kami menikmati Juadah nasi dagang iaitu hidangan wajib sekiranya singgah di Terengganu. Kualiti keenakkanya tak payahlah saya nakcerita. Bulan puasa nie kalau membuatkan orang lain menitis air mulut buat tambah dosa ajer.


Akhirnya pada pukul 2.30 petang hari ahad 24 julai 2011 saya berpisah dari rombongan Zoc. Destinasi pertama saya ialah Tasik kenyir. 



Saya pernah kesini suatu ketika dahulu, ternyata tidak banyak berubah. Airnya masih kelihatan biru dan hijau zamrud. Terdapat ikan yg besar dan pelbagai untuk menarik minat  pemancing. Udaranya masih lagi segar seolah-olah anda sedang bernafas ketika alam masih baru terbentuk. 


Saya kembali ke Kuala Terengganu dan bermalam di batu buruk resort. Kadar bayarannya pada waktu ini ialah RM130 utuk bilik perseorangan (actually katil boleh muat 2 orang)


Sebelum bergerak keluar dari Terengganu, saya melalui jalan pantai dan singgah dibeberapa tebing pantai disekitar rantau abang. Ternyata Terengganu memiliki barisan pantai yg putih dan bersih, salute untuk orang-orang Terengganu. Suasana yg bersih akan membentuk bangsa yg sihat. 


Bersambung...





2 comments:

Aku Budak Nerek said...

Best bro..saya pun baru selesai menghabiskan siri jelajah Semenanjung Malaysia.

Hamadi Hamdan said...

waahh, bro.. cangih. saya separuh malaysia ajer. tu pun badan dah penat sangat.