Monday, November 28, 2011

DIY: Bekas menyimpan DSLR kalis air


Saya kerap berhadapan dengan masaalah apabila membawa barang-barang elektronik untuk menyeberang sungai dengan mengunakan motorcross. Apa yang selalu saya lakukan ialah saya akan memindahkan peralatan DSLR tersebut terlebih dahulu ke seberang. Cara ini sangat menyusahkan lebih-lebih lagi apabila saya perlu bergerak bersama rombongan rider yg lain. Kadang-kadang cara ini tidak begitu terjamin selamat kerana selut atau batu boleh menyebabkan kita tersungkur ke sungai, seterusnya mengharungi hari yang penuh penyesalan sambil berharap kemera yg telah dijadikan sauk didalam air akan berfungsi semula apabila telah dikeringkan.



Perkara pertama yang saya lakukan untuk mengatasi masaalah ini ialah dengan berkunjung di kedai hardware  untuk mencari Pelican Case.  Tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat price tag untuk kotak yg tidak lebih besar dari akuarium ikan bilis berharga lebih dari seribu ringgit. Dengan muka yang agak kecewa saya terus bermundar mandir di kedai Giant berhampiran dengan harapan ada terserempak versi pelican ciplak dari china. Setelah menghabiskan masa lebih 30 minit, saya mula menyusun rupa barang-barang yang telah saya lihat dan secara tiba-tiba kepala saya memainkan music MacGyver.



1. Barang-barang yg saya bawa balik dari kedai Giant ialah sebuah Tupperware kalis air dan sebijik bantal yang ada isi sponge.


2. Saya mengeluarkan sponge alas yg terdapat pada kotak senapang paintball. 


3. Sponge yang terdapat pada bantal saya keluarkan dan potong mengikut bekas tupperware dan juga saiz badan kamera.

4. Alas senapang paintball itu tadi saya letakan pada dasar bekas tupperware, ini bagi mengelakan skrue kecil, kaca dan beberapa serpihan elektronik keluar ketika anda membuka lensa kamera. Ini boleh berlaku kerana ketika anda bergerak laju pada permukaan offroad, kamera anda akan berjoget tanpa halangan didalam bekas tersebut sehingga ia menerima kecederaan dalaman. 


5. Seterusnya masukkan sponge yang telah dipotong kedalam bekas tupperware. 


6. Letakkan kamera kedalam bekas sponge.


7. Lekatkan penutup pada bekas tupperware.


8. Selesai sudah projek kita kali ini, Daripada kos yg menelan belanja lebih seribu ringgit, kita telah berjaya membuatnya kurang dari RM 30.  Anda boleh membawa ke sungai atau kolam yang berhampiran untuk mengujinya. Sekiranya tidak berjaya anda mungkin tidak mengikut turutan yang telah saya berikan. Sila cuba sekali lagi. Selamat mencuba.

2 comments:

ikhwan said...

jaga2, kalau terjatuh, latch dia boleh terbuka.

Hamadi Hamdan said...

saya dah test bro ikhwan. kalau jatuh paras 4 kaki masih tak terbuka, tapi pada ketinggian tu kamera kat dalam dah kira rosak dah..