Monday, November 28, 2011

Diari Motorsikal: Air terjun tersembunyi di hutan Jerangkang Pahang.


Air terjun jerangkang terletak berhampiran Kampung Paya Bungor, Sekiranya anda dari kuala lumpur anda perlu bergerak mengunakan lebuhraya Pantai Timur sejauh 107 kilometer dari tol Gombak dan keluar di exit Seri Jaya Pahang.



image name


image name


image name


image name



image name


image name


image name


image name

Ada beberapa jalan masuk ke air terjun Jerangkang, salah satu darinya ialah melalui jalan kampung Paya Merbau, dari situ anda perlu bergerak sejauh hampir 12 kilometer dan separuh dari jalan tersebut ialah jalan balak. Diingatkan disini anda perlu mengunakan kenderaan 4x4 ataupun motorcross,

Ketika kami tiba di lokasi air terjun jerangkang, bunyi desiran air seolah-olah menyambut kehadiran kami untuk meneroka keindahannya. Air terjun Jerangkang dikatakan mempunyai 43 tingkat oleh penduduk tempatan. Adalah merbahaya untuk anda mendaki air terjun melalui lurah berbatu, sebaliknya anda boleh naik ketingkat seterusnya melalui denai kecil yg terdapat pada bahagian kiri laluan air terjun turun.

Terdapat kawasan perkelahan dari jarak 100 meter dan juga bersebelahan dgn air terjun, buat masa ini ia masih kelihatan bersih daripada smpah yg ditinggalkan oleh pengunjung. keindahan semula jadi masih kukuh diwajah jerangkang kerana ia masih belum dikomersialkan, Namun bagi anda yang ingin menziarahi lokasi ini hendaklah anda beringat supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan semula jadi ini. Bertanggungjawablah untuk kita menjaga warisan yg kita pinjam daripada anak-anak kita.

Sehingga kita bertemu semula dipengambaraan Motorsikal dilain hari, Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

9 comments:

aKuLanGit said...

hohoho...mesti best dapat meraider kat tempat² gini.... :D

Hamadi Hamdan said...

salam saudara akulangit, memang best tempat cam gini. Terdapat banyak tempat yg menarik dan tersembunyi dihutan malaysia.

aKuLanGit said...

Wa'alaikumussalam... Hehehe,memang betul...kawe skang pon sedang mengusaha dapatkan sejibik scambler....dapat KLX150 kira ok la....pastu baru bleh start nak jelajah bila dapat cuti....hehehe

Hamadi Hamdan said...

KLX 150 terbaik tu akulangit untuk tujuan offroad. maintanence senang, nak tolak naik bukitpun mudah. 250 macam tolak kerbau. Dah dapat nanti caling2. kita ride sama2.

Aku Budak Nerek said...

Wah, macam menarik tempat nie. Saya yang lahir dan membesar di pahang pun tak tahu kewujudan tempat nie. Agaknya dengan Perodua kembara boleh masuk tak?

Hamadi Hamdan said...

boleh bro Aku Budak Nerek, cuma kalau pertama kali kesana pastikan berkumpulan. sebab kadang2 tayar boleh tengelam dekat laluan air yg merentas jalan.

aKuLanGit said...

ehehehe....tapi dah buat KLX150 tu skang dah convert on road dah gitu....skang tengah tunggu nak siap je...Insya Allah :D

BBM : 28B8C027 WhapsApp :0195699500 said...

Tahniah Bro..
Bro rajin upload tempat2 outing menarik..sy juga peneroka hutan ..hhehe moto pon kita serupa DTracker..harap2 dapat ride sama2 1 hari nanti..insyaallah..
....layan video Bro ..keep it up !!
Thanks..

BBM : 28B8C027 WhapsApp :0195699500 said...

Layan Video kembara Bro nih..tahniah,,sy pon peneroka hutan..hehe..harap2 dapat ride sama2 nanti..moto pon kita sama ja DTracker.. kalau Bro ada mai Penang bleh call ,,sy blanja minum teh tarik roti canai...
Thanks..