Sunday, January 8, 2012

Pengembaraan Motor Scrambler dari Lepar Utara hingga Ulu Berakit 25dis11



Pada musim monsun hujan yg berlaku pada penghujung tahun, segelintir penunggang scrambler akan merehatkan jentera mereka. Namun terdapat juga satu kumpulan yang terus melakukan aktiviti bermotorsikal lasak dihutan pada masa ini untuk mencari kelainan dan juga mencabar ketahanan fizikal yang lebih berat berbanding musim yg lain.





image name


image name


image name


image name


image name


image name


image name


image name


Halangan utama yang dihadapi oleh penunggang scrambler pada masa ini diantaranya ialah banjir, kesukaran mendaki bukit akibat licin, jalan menjadi berselut tebal dan juga paras air pada sungai yg perlu dilintas menjadi semakin deras. Oleh itu penunggang yang masih berdegil untuk meneruskan aktiviti pada musim yang merbahaya ini perlu memiliki jiwa yang lebih kental.

Aktiviti menjelajah bermotorsikal melalui lepar utara sehingga ke sungai berakit ini pada 25 disember 2011, Telah disertai lebih daripada 30 penunggang dan perjalanan yg merangkumi jalan lori balak dan lorong kecil melebihi 75 kilometer. Jalan menerusi lepar utara sehingga sungai berakit ini rata-ratanya bersifat penunggangan berkelajuan tinggi. Kemahiran untuk mengunakan teknik driff dan juga slide sangat berguna ketika mengambil selekoh panjang dan juga pendek.

Terdapat dua buah bukit yang dianggap extreem dan sukar didaki, tempat ini memberikan kelebihan kepada mereka yang memandu motorsikal kecil dan ringan, rata-rata mereka yang menunggang cupcross dapat melepasi halangan bukit ini dengan lebih mudah berbanding motorsikal bersaiz lebih besar. Namun bagi mereka yang berpengalaman dan mahir dalam teknik mendaki bukit seperti ini, Saiz motorsikal yang besar tidak begitu memberi masaalah kepada mereka.

Antara jalan yang mencabar dan menyeronokkan ialah apabila melalui jalan balak yang berlumpur tebal. Bagi motorsikal yang bersaiz  besar dan berkuasa lebih tinggi mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya kuasa motorsikal mereka disini. Satu teknik yang saya dapati berguna untuk melalui jalan seperti ini ialah berdiri diatas foot pegs. Tayar belakang akan driff beberapa kali ketika laluan menjadi semakin berselut dan licin. Sekiranya motor tergelincir ketepi anda akan dapat menyeimbangkan motor dengan lebih cepat kerana berada dalam kedudukan berdiri. Pada ketika ini anda akan dapat melihat motorsikal kecil atau cupcross yang dapat melepasi halangan pendakian bukit dengan begitu mudah mula tersadai ditepi jalan kerana lumpur tebal mula menyekat pergerakan mereka.

Satu lagi halangan yang mencabar ialah apabila kita perlu melintas sungai. Teknik berdiri diatas foot pegs itu juga dapat membantu anda sekiranya motor tergelincir ketepi akibat terlanggar batu besar didalam air. Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan sekiranya paras air menjadi semakin dalam dan adalah sangat penting untuk anda memastikan motor terus bergerak. Sekiranya anda terhenti pada kedalaman air yg lebih dalam dari paras roda, anda akan terjatuh dan bahagian utama motorsikal akan dimasuki air. Sekiranya ini terjadi, kehadiran makanik yang mahir boleh menyelamatkan keadaan dan memastikan anda dapat meneruskan perjalanan bersama motorsikal anda.



No comments: