Pada 7 April 2012, saya bersama kumpulan ZOC sekali lagi bergerak untuk menziarahi Kuala Terengganu. Kali ini bukan hanya untuk menyentuh ombak laut China Selatan yang biru, tetapi ada sesuatu diantara Gua Musang dan Tasik Kenyir yang menarik pemerhatian kami. Iaitu sebuah jalan yg tersembunyi yang dikatakan dapat memberikan laluan kepada kami untuk melihat Tasik Kenyir dan seterusnya ke Kuala Terengganu. (jalan yang tidak bersambung didalam google map itu kini bersambung selepas kami berjaya melepasinya)
Kali ini saya telah rakamkan lebih dari 50 peratus video yang akan saya Edit daripada Samsung Galaxi Note. Ini adalah untuk menyahut cabaran Digi inmobi yang memerlukan syarat rakaman mengunakan Smartphone. Diharap anda akan mendapat manfaat daripada Video yang saya bina dan memberikan Vote dalam pertandingan digi Inmobi ini nanti.
Diatas adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan mengunakan kamera samsung galaxi Note. Melihat kualiti pada gambar, memungkinkan saya tidak lagi perlu membawa kamera DSLR yang besar bagak dalam pengembaraan yg akan datang. Ini membolehkan saya melakukan pergerakkan dgn mudah. Sekian untuk kali ini.
5 comments:
Jalan tu still tak siap lagi? Sebelum nie baca dia orang ride jalan tu pun tak siap, sekarang pun still tak siap. Adehh, bila nak siap agaknya? BTW, nice ride bro.!
jalan yg tak bersambung tu takberapa jauh. masaalahnya jalan dekat felda aring tu tak berapa baik dan tak boleh bawak laju sangat.
TerbaEk blog bro! Suke tgk video2 dlm ni..anyway, jemput la usha2 blog beginner ;p
http://ridertayargolek.blogspot.com/
Beginner per nyer, masa saya nak meronda satu malaysia solo setahun lalu saya rujuk blog bro arr, ahahaha.
Salam bro,
sebenarnya dah ada jalan baru dalam pembinaan, jalan tu asing dari jalan felda Aring yang ada skrg. Cuma duk tunggu jambatan siap.
Jalan felda Aring semakin teruk,sebab jadi laluan utama lori biji besi dari Gua Musang ke Terengganu. Malam toksoh lalu laa, buat naya moto/kereta.
Azka, Jeli
Post a Comment