Saturday, October 6, 2012

Trail Tasik Lembu Puaka


Trail tasik Lembu Puaka

Sebenarnya tiada tempat di muka bumi Malaysia ini yang dinamakan sebagai tasik lembu puaka (kalau ada sila beritahu). Tempat ini kami namakan secara spontan apabila kami melakukan ekspedisi mencari jalan trail ke sebuah tasik kecil yg menarik perhatian kami di google maps.




Ketika separuh perjalanan menuju ke tasik tersebut kami telah terserempak dengan sekumpulan lembu yang banyak dan sedang menuju laju kearah kumpulan kami. Oleh kerana kami tidak yakin untuk merempuh kumpulan lembu tersebut walaupun motorsikal kami diperbuat daripada besi, kami memecut dan mengelak dari laluan kumpulan lembu tersebut. Tanpa diduga lembu-lembu yang sedang memecut itu membelok dan bergerak kearah kami semula. lantas salah seorang daripada sahabat memekik " memang puaka betul lembu-lembu nih" lalu kami bertempiaran memecut kearah laluan yang bersepah-sepah.


Kami akhirnya berjaya mejumpai tasik kecil yang kami cari pada waktu hampir-hampir maghrib. Dan ternyata air dari tasik tersebut tidak boleh digunakan untuk wudhu kerana salah seorang dari sahabat kami yg berkumuh dengan air tersebut mengatakan ianya berperisa seperti air baja.


View Bangi Trail in a larger map

No comments: