Setibanya di pintu masuk kawasan Trail Bukit Subang, anda akan melalui parit kecil sebagai tanda untuk mengalu-alukan kehadiran anda disana. Trail ini rata-rata bersifat sederhana, sangat sesuai untuk melatih diri bergerak laju dengan motorsikal Scrambler dan juga menawarkan tempat yg ideal pada mereka yg gemar membakar lemak dengan basikal.
Daripada pintu masuk sehingga keluar berhampiran jalan kearah Bukit Ramli, jalan utama trail ini adalah sepanjang 4 kilometer sahaja. Namun sekiranya anda mahukan cabaran yg lebih tinggi, terdapat beberapa pecahan trail kecil yg anda boleh lalui dan dapat memenuhi citarasa anda kearah itu. Ia akan membawa anda kedalam kawasan hutan yg lebih tebal dan juga membolehkan anda untuk melihat tasik Subang yang tersembunyi.
Pada masa yang lain, kita akan bergerak pula kearah Trail berhampiran seperti Bukit Ramli, Trail Saujana Putra dan juga Bukit PKNS. Sehingga hari itu sila nikmati trail ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
No comments:
Post a Comment