Selepas melepasi bandar sungai Long, anda akan memasuki sebuah kawasan yang seperti ingin dibangunkan tetapi terbengkalai, mungkin kerana keadaan struktur tanah bukit bukau disini tidak kukuh dan merbahaya.
Anda juga perlu berhati-hati ketika meniti jalan yg menghampiri tanah runtuh. Jalan dikawasan ini adalah sangat tidak stabil.
Antara Cabaran utama yang terdapat di sungai long. Bukit menjunam yang akan mengakibatkan penunggang motorsikal scram tergolek sekiranya gagal menjinakkannya.
Adalah dinasihatkan supaya tidak turun daripada motorsikal apabila menuruni bukit ini. Tanah yang licin boleh mengakibatkan anda tergolek lalu menyebabkan motorsikal menghempap anda. Sekiranya anda tidak mahir dengan seni menuruni bukit, cara lain yg mudah ialah mematikan enjin dan memasukkan gear 1. Lepaskan clutch dan sentuh brek hadapan sedikit demi sedikit.
Dipertengahan trail sungai long terdapat anak sungai mengalir, kawasan sekitarnya adalah redup dan sesuai dijadikan tempat berehat sebelum menyambung perjalanan ke Bukit Batu.
Selepas melepasi kawasan padang tembak, anda akan mula mendaki Trail bukit batu. Suspension motorsikal anda hendaklah dalam keadaan baik disini. Sekiranya motorsikal anda terpesong selepas bounce, diingatkan kawasan sekitarnya adalah gaung.
2 comments:
Terbaik aku selalu gak trail pakai tayar mortard nibai
Post a Comment