Sunday, July 14, 2013

Ride Advanture bersama KTM 690 R


Terdapat perbezaan yang ketara diantara Duke 690R 2011 dan juga Duke 690 2013. Model 2011 memiliki ciri-ciri Scrambler dan motorcross. Manakala model 2013 adalah direka untuk tergolong dalam keluarga motorsikal Naked atau Street fighter

Torque pada KTM duke 2011 ialah 67 nm, manakalah pada model 2013 ialah 70nm. Anehnya saya rasa kekuatan menyentap adalah lebih kepada model 2011. Secara peribadinya saya lebih meminati model 2011 kerana saya lebih selesa menungang motor scrambler, manakala model 2013 adalah lebih ringan dan dikatakan memiliki respon enjin yang tangkas.

Ride sebelum puasa pada 7 julai 2013 Dimulakan dari BHP gombak. Saya mengikuti rombongan Bikers club dari ZOC dan kemudian kami berpisah di simpang kampung Kuala Medang.  Kumpulan Bikers Z0C meneruskan perjalanan ke Cameron Highland manakala saya ke Gua Musang-Tasik Kenyir. 

Saya tiba disempadan Terenganu-kelantan pada pukul 4 petang. Saya dapati Duke 690 R 2011 ini dapat menempuhi jalan berbentuk Advanture riding dengan baik sekali. Apabila berhadapan dengan jalan spara Offroad motorsikal ini dapat dikendalikan dengan mudah tanpa perasaan risau ianya akan terjatuh. Seringkali tayar belakang akan driff akibat tork yang kuat dan jalan yang berpasir, namun motorsikal masih mudah dan selesa dikawal. 

Sebelum tiba dikawasan peranginan tasik kenyir, terdapat beberapa jalan corner panjang yang menarik. Terasa nikmatnya apabila memulas pendikit minyak. Apabila menemui corner secara tiba-tiba, dengan mudah saya dapat menurunkan kaki bagi memaksa melakukan corner yang lebih cepat. Brek Brembo dan juga tork enjin yang kuat memudahkan saya mengelak jalan yang berlubang dan memecut dengan selesa setelah memperlahankan motorsikal. 


Setelah menempuhi jalan yang jauh, berbengkang bengkok, berdebu dan berpasir, saya tiba di rantau abang pada pukul 10.00 malam. walaupun saya menempuhi perjalanan seharian dan sekali-sekala merehatkan jentera selama 30 minit, badan saya tidak berasa begitu penat. Keadaan tungangan badan yang menegak mempengaruhi faktor ini. 

Saya berehat seketika di guesthouse yang terdapat di rantau abang dan menikmati tiupan angin pantai dan desiran ombak. Sehingga kita bertemu pada Diari motorsikal dan tulisan saya yang lain, saya juga akan update video blog mengenai pengembaraan ini di youtube tidak lama lagi. 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 



5 comments:

azam ahmad said...

bro..motor bru ke?

Hamadi Hamdan said...

isk, takder arr. motor test ride bro ahaha.

mohd fauzi mohd Roof said...

Bestnya dapat test tide ngan 690......terbaik...tapi memang best ride ngan supermoto ni bro,aku 200cc je xtm tapi pergi cameron highland best

MARSLI N.O said...

Blog yang bagus dan mengilhamkan para pengembara bermotor. khususnya buat para pendatang. tahniah
-MARSLI N.O

MARSLI N.O said...

Tahniah. Bloh permotoran yang bagus dan mengilhamkan. Khususnya kepada pendatang baru pengembara bermotor seperti saya.

-MARSLI N.O