Sunday, July 14, 2013

Cadangan Litar Rakyat




Litar Rakyat Cadangan seumpama ini adalah kerjasama diantara dua pihak iaitu kerajaan sebagai pemberi peruntukkan tanah dan litar lumba, manakala Komuniti peminat sukan motorsikal yang akan menguruskan serta menjaga Litar tersebut setelah siap dibina secara sukarela.

Dengan ini kita cuba merealisasikan untuk membentuk komuiniti yang " Self Reliance". Dan tidak bergantung segala-galanya daripada bantuan kerajaan.  Setiap Section litar akan diberikan nama kepada komuniti FB/forum atau kelab tersebut contohnya, corner zx10, corner Ducati dan jalan Selangor bikers. Sekiranya jalan persekitarannya kotor bermakna hak penjagaan section tersebut akan diberikan kepada komuniti kelab lain. Selain itu Dana untuk membaiki jalan boleh dikumpul apabila pertandingan perlumbaan diadakan.

Mewujudkan litar percuma seperti ini bukan bermakna untuk menutup litar berbayar yang lain. Ia adalah pemangkin untuk pelumba-pelumba ini menangkap skill sebelum masuk ke litar berbayar  yang lebih selesa contohnya seperti litar bertaraf dunia di Sepang.

Selain itu apabila Litar lumba seperti ini dijaga oleh komuniti, Pelumba-pelumba yang senior dan berpengalaman mempunyai kuasa untuk menegur aspek keselamatan serta mendidik pelumba muda lain yg baru memasuki litar. Dengan ini mereka boleh merapatkan komuniti peminat motorsikal di malaysia dengan mengadakan seisi TTs dan juga dialog diantara kelab komuniti.

Diharapkan dengan mewujudkan Litar komuniti seperti ini dapat mengurangkan kemalangan jiwa kepada bikers yang meminati untuk melibatkan diri dengan perlumbaan. Kita sudah serik mendengar saudara-saudara kita terbabas di corner merbahaya, berlangar dengan kereta dan lori, hanya kerana prasarana untuk perkara ini dibuka pada masa yg limited, mahal dan sebagainya. Sudah sampai masanya kita mencari jalan keluar supaya aktiviti ini dapat dilakukan di tempat yang tidak menganggu penguna jalanraya dan lebih selamat.


No comments: