Sunday, September 2, 2012

Diari Motorsikal: Dari Johor ke Perlis

Baru baru ini saya telah menyunting koleksi video pengembaraan saya untuk mengambarkan keindahan serta kehebatan panorama Malaysia di tempat berhampiran dengan jalan raya. Video itu telah saya upload di youtube dan saya hantar juga untuk pertandingan Mysyg sempena hari kemerdekaan. Akhirnya ia terpilih diantara Top 5 dan seisi pengundian sedangpun berjalan. Diharap anda menyukai Video ini dan mengundinya mengikut turutan 5(terbaik) 4,3,2 hingga seterusnya 1 bagi yang kurang terbaik. Pengundi yang bertuah akan memenangi hadiah Samsung s3.  Sila layari website ini ---> http://www.mysyg.com.my/undi-video.aspx


 

Tuesday, April 24, 2012

Diari Motorsikal: Riders of the lost road (digi inmobi)


Pada 7 April 2012, saya bersama kumpulan ZOC sekali lagi bergerak untuk menziarahi Kuala Terengganu.  Kali ini bukan hanya untuk menyentuh ombak laut China Selatan yang biru, tetapi ada sesuatu diantara Gua Musang dan Tasik Kenyir yang menarik pemerhatian kami.  Iaitu sebuah jalan yg tersembunyi yang dikatakan dapat memberikan laluan kepada kami untuk melihat Tasik Kenyir dan seterusnya ke Kuala Terengganu.  (jalan yang tidak bersambung didalam google map itu kini bersambung selepas kami berjaya melepasinya)


Sunday, January 8, 2012

Pengembaraan Motor Scrambler dari Lepar Utara hingga Ulu Berakit 25dis11



Pada musim monsun hujan yg berlaku pada penghujung tahun, segelintir penunggang scrambler akan merehatkan jentera mereka. Namun terdapat juga satu kumpulan yang terus melakukan aktiviti bermotorsikal lasak dihutan pada masa ini untuk mencari kelainan dan juga mencabar ketahanan fizikal yang lebih berat berbanding musim yg lain.

Monday, November 28, 2011

Diari Motorsikal: Air terjun tersembunyi di hutan Jerangkang Pahang.


Air terjun jerangkang terletak berhampiran Kampung Paya Bungor, Sekiranya anda dari kuala lumpur anda perlu bergerak mengunakan lebuhraya Pantai Timur sejauh 107 kilometer dari tol Gombak dan keluar di exit Seri Jaya Pahang.

DIY: Bekas menyimpan DSLR kalis air


Saya kerap berhadapan dengan masaalah apabila membawa barang-barang elektronik untuk menyeberang sungai dengan mengunakan motorcross. Apa yang selalu saya lakukan ialah saya akan memindahkan peralatan DSLR tersebut terlebih dahulu ke seberang. Cara ini sangat menyusahkan lebih-lebih lagi apabila saya perlu bergerak bersama rombongan rider yg lain. Kadang-kadang cara ini tidak begitu terjamin selamat kerana selut atau batu boleh menyebabkan kita tersungkur ke sungai, seterusnya mengharungi hari yang penuh penyesalan sambil berharap kemera yg telah dijadikan sauk didalam air akan berfungsi semula apabila telah dikeringkan.

Monday, August 8, 2011

Mengembara mengelilingi banjaran Titiwangsa selama enam hari


Setelah hampir setahun merancang untuk melakukan pengembaraan jarak jauh mengunakan motorsikal, akhirnya pada  23 julai 2011 saya memulakan pengembaraan bersama dengan kumpulan ZOC dan kemudiannya kami berpisah untuk saya bergerak menuju ke destinasi seterusnya secara bersendirian.